Petua utk mendapat jodoh..

January 3rd, 2008 by milyarina

Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

" Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa… … ."
bererti

"Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). DAn suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah(Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa"

juga ada doa yang boleh dijadikan sarana permohonan kepada Allah agar mendapatkan jodoh, antara lain doa nabi Zakariya yang artinya:

Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’. (QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, perbanyak membaca shalawat nabi Muhammad saw. Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad. (Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau). Dibaca minimal 1000 kali dalam sehari semalam. Insya Allah doa Anda dikabulkan oleh Allah SWT. (11)

Solat istikharah- mengapa menunggu mimpi??

January 3rd, 2008 by milyarina


Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau
menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita
yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih
lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak
dara’. Walau bagaimanapun perangainya agak sedikit pelik. Sebelum ini,
bukannya tidak ada rombongan yang cuba untuk meminangnya, tetapi
kesemuanya ditolak.
   
Alasannya mudah sahaja, tidak mendapat
petunjuk Allah katanya. Beliau sudah mengerjakan solat istikharah,
namun tidak mendapat alamat dalam mimpinya itu. Persoalan yang ingin
diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan
sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari?
Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara
untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang
atau baik buruk takdirnya?
   
Istikharah sebenarnya berasal
daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik.
Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin
melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau
tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Maka
untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah.
Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah
hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah
mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa
urusan yang penting. Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara
kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat,
kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik
dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan
kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya
Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui
sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.
   
Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah.
Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan
tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi
belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang
dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu
buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa
daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan
beristikharah.
   
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu
diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu
benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan
boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi
kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah: 216)
   
Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi
unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah
daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya
agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib
atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi
bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini
dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.

   
Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal
apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan
dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan
judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan
kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)
   
Perlu dijelaskan di
sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa
pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh
iblis dan syaitan yang datang mengganggu.
   
Kita tidak boleh
menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan
rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah
Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh
Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi
baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
   
Maka
apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia)
berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak
kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan
menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai
bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah
akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)
   
Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak.
Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada
kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang
bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan
menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah
dengan lebih rasional.
   
Dalam kes di atas, seandainya
pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai
dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat
menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika
itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu
mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan,
yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan
akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama.
Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat
sunat istikharah.
   
Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan
yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang
petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap
ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat
melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.
   
Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu
merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah
seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada
Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh
membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:
   
Ya Allah,
jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan
kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan
mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau
mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku,
penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan
berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah
aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)

 

Solat istikharah- mengapa menunggu mimpi??

January 3rd, 2008 by milyarina

Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak dara’. Walau bagaimanapun perangainya agak sedikit pelik. Sebelum ini, bukannya tidak ada rombongan yang cuba untuk meminangnya, tetapi kesemuanya ditolak.

Alasannya mudah sahaja, tidak mendapat petunjuk Allah katanya. Beliau sudah mengerjakan solat istikharah, namun tidak mendapat alamat dalam mimpinya itu. Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya?

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting. Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.

Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)

Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)

Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.

Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)

2008

January 1st, 2008 by milyarina

ari ni 1.1.08….new year has come…2007 telah berlalu..
epy burfday to my lil bro and my aunt..u are getting older!!hahaha..
last nite lepak kt pelita..bermcm ragam manusia ler skrg,nk tgk per,ckp jer…
mcm chimpanzi terlps dr zoo jer..tp pape pun,aku mkn dgn sng ati jer time tu.hahaha…skrg masa utk aku memikirkan masa dpn..
terlalu byk pahit manis yg aku lalui sepjg 2007.ia telah membuatkn aku lbh matang dlm meniti kehidupan seharian…

study???1 sem to go….huhuhu.x sbr nk grad dh nie..penat aih eden blaja…
after may,i will be out from UKM!!!hahahahha…………….but now,thesis make me tensed (ckp je lbh,tp mls gak nk baca jurnal) =))
but feel a little bit saddy ler bla pk nk abis blaja nie…
dh keje xleh memain lak..adeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
pastu kena pk nk anta resume lak nie..nk keje kt mn ek???
last yr,i planned to work at sarawak…I hope so it will come true :D

love story??? dis year i have to be more patient..actually must learn to be patient!!!
never mind,as long as we trust each other…dono either my dream will come true or not.hehehehe….dream???kalo mmg itu yg ditakdirkan,i will be the happiest person when my dream come true!!!!!~~~~~~~~~~~~cant wait for dat special moments.

pape pun….moga 2008 lbh baik drpd 2007…………..
segalanya yg berlaku kuabadikan sbg asam garam kehidupan.
masa dpn yg perlu dipikirkan..no turning back!!
usah menyesal di atas ape yg telah berlalu..

ALLAH sentiasa ade…

January 1st, 2008 by milyarina

Bila Allah cepat maqbulkan doamu, maka dia menyayangimu, Bila dia lambat maqbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu, Bila dia tidak maqbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu, Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja… Allah sedang menunggu bersama-samamu…

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu… Allah sentiasa berada di sampingmu…

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah mempunyai jawapannya…

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan… Allah bersamamu untuk menenangkanmu…

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan… sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu…

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah telah pun memberkatimu…

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban… Allah akan tersenyum kepadamu…

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi… Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu… .

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada… Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu

Doa..

November 13th, 2007 by milyarina

Ya Allah pilihkanlah untukku dgn kekuatan ilmuMu,
tentukanlah untukku dengan kehendakMu,
aku pohon kemurahanMu yg sgt luas,
kerana Engkaulah yg boleh menentukan sesuatu dan aku tidak boleh,
Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak ku ketahui,
dan Engkaulah yg paling tahu hal-hal yg ghaib.
Ya Allah, jika sesuatu ini menurutMu baik bg diriku,kehidupanku dan kesudahanku,
maka pilihlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku,
kemudia berkatilah…dan seandainya ini menjadi malapetaka bagiku,agamaku,kehidupanku dan kesudahanku,
maka jauhkanlah ia dariku sejauh-jauhnya,
dan berikanlah aku kebaikan di mana saja berada
dan redhailah aku kerananya……Amin

Teknik memelihara hubungan dgn insan tersayang…

November 13th, 2007 by milyarina

1.Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau
didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.

2. Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau
ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus
menjadi marah apabila mengetahuinya.

3. Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak
pasti perbuatan anada buat itu melukakan hati si dia, seperti menjadi
teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan teman barunya,
sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap
kepercayaan si dia kepada anda akan menjunam turun.

4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak
sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan
dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah.

5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.

6. Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

7. Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia
seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci
kebahagian.

Akidah, akhlak baik wujudkan kebahagiaan rumah tangga

November 13th, 2007 by milyarina

SEMUA mendambakan rumah yang aman damai ibarat syurga tanpa gangguan
dan ketakutan. Segala kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan, suka dan
ceria terangkum dalamnya. Hal ini dilukiskan dalam sebuah harapan, ‘Rumahku Syurgaku’.

Syurga tidak disediakan Allah (SWT)
untuk syaitan, tetapi disediakan untuk orang beriman, yang sentiasa
menyucikan dirinya dan membersihkan jiwanya dengan taat kepada Allah (SWT).

Pada awal penciptaannya, iblis bapa syaitan tinggal dalam syurga. Disebabkan sikap iblis yang sombong dan bongkak, maka Allah (SWT) melaknat dan menghalaunya dari syurga berdasarkan firman-Nya bermaksud:

Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang
terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka
(manusia) mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam
dengan kamu semuanya
.” (Surah al-A’raaf, ayat 18)

Dalam kitab Buyut laa tadkhuluha asy-syayathin (Rumah yang
tidak dimasuki syaitan) karangan ulama Asia Barat, Ahmad As-Sayim,
menerangkan ada dua kriteria penyebab rumah tidak akan ditembusi
syaitan dan tidak akan dirasuk jin iblis.

  1. Kriteria pertama kerana ibadat diamalkan dan aqidah dipegang orang yang berada dalam rumah itu;
  2. Kedua, kerana akhlak dan perilaku penghuninya.

Penghuni rumah itu terdiri daripada orang yang sentiasa menjaga
akhlak, kelakuan dan perilaku ketika berinteraksi sesama anggota
keluarga, rakan taulan serta jiran tetangga.

Ciri-ciri rumah mereka yang menjaga ibadat :

  • Penghuni rumah yang sentiasa menyucikan dirinya dan sentiasa ingat kepada Allah (SWT),
    mereka menjaga kesucian badan, membersihkan diri selepas buang air
    besar atau kecil dengan cara yang betul, tidak membuang air besar di
    dalam air.
  • Kebersihan diri menjadi budaya dan sebagai ibadat dalam bentuk
    mandi kerana hadas besar seperti mandi junub, haid dan nifas, menggosok
    gigi dengan siwak, memotong kuku, mencukur bulu, merapikan janggut dan
    lain-lain.
  • Mereka juga menjaga kebersihan batin. Hatinya suci daripada dendam
    dan hasad dengki. Lidahnya dijaga supaya tidak menyakiti orang lain
    serta tidak menuturkan kata kotor dan tidak berfaedah. Fikiran dan
    lidahnya hanya mengingat dan menyebut Allah (SWT) sepanjang waktu.

Allah (SWT) berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah (SWT) menyintai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri?” (Surah al-Baqarah, ayat 222)

  • Rumah dipenuhi alunan bacaan al-Quran dan zikrullah. Orang yang sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah (SWT) perumpamaan mereka seperti digambarkan dalam firman Allah (SWT) bermaksud:

Mereka itu ialah : Orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah (SWT),
mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk,
sujud, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, serta
menjaga batas-batas hukum Allah (SWT) dan gembirakan orang yang beriman (yang bersifat demikian).
” (Surah at-Taubah, ayat 112)

  • Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap benar, jujur dan memenuhi janji.
  • Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya
    mengambil yang halal saja. Makanan halal dari segi penyediaannya
    menurut syariat, tidak diambil daripada harta anak yatim, bukan hasil
    rampasan, penganiayaan, penipuan, bukan hasil rasuah dan bukan hasil
    riba.
  • Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali
    silaturahim. Rumah yang dipenuhi kecintaan, kasih sayang, kelembutan,
    tolak ansur, sabar adalah orang yang menjaga silaturahim. Menghubungkan
    silaturahim wajib mendapat pahala dan memutuskannya haram dan berdosa.
  • Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada
    kedua orang tuanya. Mereka menyayangi kedua ibu bapanya, tidak derhaka
    kepada keduanya, menghormati keduanya, mendengar nasihat mereka dan
    bermesyuarat dalam sebarang keputusan yang akan diambil. Apabila ibu
    bapa sudah tua, berikan perhatian terhadap diri dan emosi, kesihatan,
    kewangan dan apa juga keperluan mereka.
  • Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang salih dan
    salihah, saling faham memahami, bekerjasama serta bertolak ansur.
  • Rumah yang penghuninya melaksanakan hak dan kewajipannya. Suami dan
    isteri melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak masing masing.
    Bukan suami curang dan isteri derhaka.

kehidupanku…..

November 13th, 2007 by milyarina

tetiba rasa nk menulis lak..
tggal lg 1 paper jer utk abiskan exam nie…
x sbr rsnya nk cuti..actuallly x sbr tggu bln disember nie..
cpt ler smpi…counting each day nie.waduhhhh…parah gak ler kalo berjauhan ni..

alhamdulilah,skrg aku rs lbh lega…
aku xnk ler berdendam dgn sape..
aku hrp sgt perasaan nk take revenge nie dibuang jauh dr hati aku nie..
aku x suka ler perasaan nie..thanks to my fren dat help to comfort me yesterday…
lps ni aku hrp x jmper lg org tue..pls take him away from my life..
menyesal???mungkin ya…mungkin tidak…
I have learnt something..kalo di awal perkenalan dh menipu,jgn hrp ler dia akan berlaku jujur sepjg perhubungan..org yg menipu nie,skali menipu dia akan terpaksa meneruskan penipuan dia tue…ssh nk detect time tue.
kejujuran itu pnting..tp ALLAH MAHA KUASA..
ALLAH akan beri petunjuk kpd hambanya yg teraniaya..thanks to God!!!
berpegang ler pd prinsip..kalo kita xnk ditipu,jgn ler kita menipu..
semua yg kita lakukan akan dibalas blk..

But now,I’h hepy with my new life..
thanks for entering my life dearie…thanks to God for such beautiful gift I got for last Ramadan…I hope this is my endless love.
this song is dedicated to u my dear..

Only You - The Platters

Only you can make oh this world seem right
Only you can make the darkness bright
Only you and you alone
Can thrill me like you do
And fill my heart with love for only you

Only you can make oh this change in me
For it’s true you are my destiny
When you hold my hand I understand
The magic that you do
You’re my dream come true
My one and only you

Only you can make this change in me
For it’s true you are my destiny
When you hold my hand I understand
The magic that you do
You’re my dream come true
My one and only you

TIPS MENCIPTA KEHIDUPAN LBH BERMAKNA…

October 28th, 2007 by milyarina

Hidup itu sesungguhnya sederhana saja.
Tidak sebagaimana yang dikatakan orang yang mengatakan bahawa hidup itu
rumit. Masyarakat sekarang berada dalam masa yang sulit untuk memahami
konsep hidup ini. Kita percaya pada pendapat bahwa “hidup itu
pertarungan”, “kita harus melakukan yang terbaik untuk itu”, dan “hidup
adalah tantangan lalu anda mati.” Berikut ini 10 tips untuk mengatasi
kekusutan hidup yang tidak terbatas pada apa keyakinan anda.

1) Ingatlah…mungkin anda tidak mendapatkan apa yang anda inginkan
tetapi seringkali hal itu adalah sebuah keberuntungan yang baik. Tidak
selalu mendapatkan apa yang anda mahu seringkali bererti bahawa ada
sesuatu yang lebih baik berada di balik cakrawala. Anda perlu untuk
bersabar dan tenang. Hal itu pasti akan datang pada waktunya.

2) Saat anda menyedari anda melakukan kekeliruan, segera ambil
langkah-langkah perbaikan. Cepat ambil tindakan untuk menyelamatkan
hubungan anda, menjelaskan kesalahan serta salah erti, dan lakukan
tindakan yang diperlukan untuk menjaga keadaan dari kehancuran.

3) Hiduplah dalam kehidupan yang baik dan penuh kehormatan. Dengan
demikian, maka pada saat anda tua dan menoleh ke belakang kehidupan,
anda dapat menikmatinya untuk kali kedua . Hidup dalam kehormatan
bererti anda meninggalkan warisan yang dapat diikuti oleh orang lain.
Kemudian, anda dapat melakukan refleksi dan menikmati kembali saat-saat
tersebut.

4) Suasana rumah yang penuh kasih sayang adalah pondasi hidup anda.
Lakukan semua yang anda bisa untuk menciptakan suasana rumah yang
harmonis dan tenang. Hal-hal kecil itu berharga, baik bagi anda mahupun
orang lain. Nyalakan lilin beraroma di kamar anda, tiuplah busa-busa
sabun dalam kamar mandi anda dengan musik lembut mengiringi. Tinggalkan
pesan pada bantal pasangan anda atau keluarga anda yang menyatakan
cinta kasih anda “Saya Sayang Kamu”.

5) Ingatlah: hubungan yang terbaik adalah hubungan di mana kasih
anda untuk yang lain melebihi diri anda dari yang lain. Jadilah orang
yang saling ketergantungan, bukan orang yang tergantung atau
ikut-ikutan tergantung.

6) Kejujuran dan kepercayaan adalah hal yang paling penting dalam
semua komunikasi anda dengan sesiapa, apatah lagi orang tersayang.

7) Tak seorang pun yang peduli seberapa banyak anda tahu sampai
mereka tahu seberapa banyak anda peduli. Pesanan yang terbaik datang
dari hati. Tanamlah benih, lalu ambillah jarak, biarkan ia tumbuh, dan
amatilah bagaimana benih itu bertunas.

8)
Sekali dalam setahun, pergilah ke suatu tempat yang belum pernah anda
kunjungi. Tambahkan kegembiraan anda dengan membaginya pada orang-orang
yang special di hati anda. Ciptakan kenangan. Menjelajahi tempat-tempat
baru, mencapai cita rasa baru, mengalami pengalaman baru, dan bertemu
kenalan-kenalan baru dapat membawa anda lebih dekat dan memperkaya
makna hidup anda.

9) Hargailah hal-hal kecil. Berkongsilah dengan rakan-rakan baik
anda, contohnya cokelat yang anda miliki. Sekalipun, semua itu adalah
hal-hal kecil. Namun, hargailah.

10) Hubungi dan teleponlah mereka yang sudah lama tidak berhubungan
dengan anda, hanya sekadar menunjukkan perhatian anda. Kebanyakan
daripada rumahtangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain
tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih
pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting
dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda.
Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan
terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar melangsungkan
perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang
diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin
memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, cubalah anda
pertimbangkan faktor-faktor berikut :

1. Tempoh Masa Berkenalan
Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua
tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan
berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih
pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan
perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan
itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan
hakikat .

2. Memilih Pasangan Sendiri
Orang sering memilih pasanagn semata mata untuk menggembirakan orang
lain ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi
amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn
pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan
impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai
dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain
memilih pasangan hidup anda.

3. Harapan Yang Tidak Wajar Tentang Perkahwinan
Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka
impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam
perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua
keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta
akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan
begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

4. Masalah Keperibadian dan Tingkahlaku
Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin.
Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda
yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak
bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda
sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk
menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam
pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya ,
anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih
awal sebelum perkahwinan anda.

5. Banyak Pengalaman Hidup
Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda
berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman
disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung
dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah
senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu
waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah
saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang
becak . Dari situ , dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

6. Bayangan Orang Yang Ingin Anda Kahwini
Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat
mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin
anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor -
penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya.
Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan .
Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan
orang lain buat selamanya.

7. Pasangan Yang Bersifat Seakan-akan Diri Anda
Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan
memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina
kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak
ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

8.  Mempunyai Cita-Cita Yang Seiring
Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih
tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan
timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda
telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan
sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar , tetapi ia akan
menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

9. Kebolehan Berkomunikasi
Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga.
Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami
isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur
dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak
pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima
oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan bukanlah
caranya.

10.  Kebolehan Menyelesaikan Pertelingkahan
Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan
pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara
yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka,
Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana
suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding
sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing
sebelum berkahwin.